Day 3 Majlis Penutup Presentation Final Project by Diploma Civil Engineering (◕‿◕)

Assalamualaikum



Entry baru kali ni sambungan entry lepas jugak. Kali ni mengenai majlis penutup pembentangan projek akhir bagi semester akhir Diploma Civil Engineering. Ia merupakan hari ke-3 selepas ye pembentangan dua hari berturut-turut. Rasa macam sekejap je kan dah majlis penutup. Masa nak menyiapkan projek akhir ambil masa yang sangat lama, tapi bila dah tamat pembentangan rasa macam tak puas je sebab sekejap je. Lega sudah, kepala ni rasa ringan sangat. 

Majlis penutup ni lah biasa ye akan ada makan-makan untuk semua yang terlibat, ada cabutan bertuah dan juga pengumuman pembentangan terbaik bagi setiap course dari Kejuruteraan Awam, Seni Bina dan Alam Sekitar. Hanya 1 kumpulan bagi setiap tiga course ni akan terpilih. Kalau group aku memang dah terkeluar list untuk menang, janji kami dapat gred A sudah dalam pembentangan. Tak mengharapkan pun kemenangan ni. 

Untuk menjadi pembentangan terbaik di ambil kira dari beberapa aspek:-

1) Kebolehan pembentangan dalam bahasa Inggeris
2) Flow pembentangan mengikut urutan
3) Penyediaan report dan slide projek akhir yang lengkap
4) Personaliti diri (berpakaian kemas, formal, berdisplin dan lain2)
5) Berkeyakinan dan pandai menarik perhatian panel
6) Cekap dalam menjawab soalan2 yang diajukan oleh para panel.

ok, dah puas membebel di atas ni, sekarang nak share gambar-gambar gelagat kami semua semasa majlis penutup. Kenangan yang tak akan dilupakan bersama. Segala pahit manis mengharungi sepanjang projek akhir dimulakan. Tak dinafikan memang banyak salah faham, pergaduhan dalam group, ada je nak bertengkar. Biasa lah adat group, mesti ada yang tak puas hati dan tak sependapat. Tapi semua dah kembali pulih selepas pembentangan, automatik kan. Nampak di semua group dalam demam projek akhir.









cuba teka mana kite .....











group yang menang pembentangan terbaik :)
















PA yang paling sporting, tak akan lupa jasa ye.
















terima kasih sudi membaca entri kali ni.
ok, sampai di sini entry kali ni. 
sambungan next entry (our dinner)
stay tuned ^_^



No comments:

Post a Comment