Finally, I'm officially graduate Diploma Civil Engineering (◕‿◕)

Assalamualaikum,



Entri kali ni sebenarnya dah lama saja nak publish jugak. Just nak yang aku dengan secara rasminya dah graduate diploma in Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Idris Shah. Selama tiga tahun mengharungi kehidupan sebagai pelajar di tempat yang jauh dari keluarga. Kalau diimbau kembali peristiwa masa first semester memang menyedihkan sebenarnya. Aku terpaksa berdikari daftar itu ini sebab pada pagi subuh tu abang kemalangan dan keluarga tak boleh nak teman saya lama-lama. Lepas saja mereka hantar aku, dengan ucapan, terus keluarga aku balik. Masa tu abang kritikal kemalangan sebab terlelap ketika memandu dalam jam awal 3pagi. Aku memang sedih sangat sebab tak dapat jenguk abang dan juga sedih sebab keluarga tiada di sisi masa sesi pendaftran. Cemburu tengok rakan-rakan lain di mana keluarga menemani mereka sampai ke petang. 


Sekarang ni aku masih menunggu result untuk sambung degree di peringkat universiti. Universiti yang aku target UTHM, UMP, UNIMAP dan UiTM. Kesemua universiti ni ada course aku iaitu Kejuruteraan Awam. Sebenarnya ni dah masuk tiga kali aku buat permohonan nak sambung degree. First permohonan, masa tu belum lagi tamat semester akhir tapi semua orang kecoh-kecoh pakat-pakat nak isi borang dan hantar dokumen ke universiti terpilih. Aku pada mulanya tak nak isi lagi sebab tahu yang senior atas pun ada yang belum dapat universiti takkan la junior lebih-lebih pulak. Tapi disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan, aku pun turut sama isi borang itu ini. Banyak bende dokumen nak kena sediakan lepas tu nak kena disahkan la. Aku ingat lagi time tu memang tengah final exam semester akhir tapi dalam kepala aku dok pikiaq bila nak settle bende upu ni. Kelam kabut pergi office lecturer mintak cop, lepas tu pergi HEP mintak surat pengesahan pelajar politeknik dan surat tamat belajar dan MQA. Dah macam apa aku rasa, tak tentu arah pun ada. Risau sana sini. Tapi Alhamdullilah selamat hantar dokumen tu. Keputusan permohonan tu dengan mendukacitakan. Tak dapat pun. Memang dah agak pada mulanya tapi tahniah pada senior kebanyakkan ye dapat setelah setahun mereka menunggu.


Second permohonan pulak adalah rayuan untuk 1st intake. Aku pun kulun habis apply. Macam biasa apply bende yang sama. Still course kejuruteraan awam tapi sama ada pure atau dalam bentuk pengurusan. Dan jawapan ye tetap mendukacitakan aku baru-baru ni. hmm, rezeki masih belum dapat.

Course yang aku target :)

* Ijazah Sarjana Muda in Kejuruteraan Awam
* Ijazah Sarjana Muda in Pengurusan Projek
* Ijazah Sarjana Muda in Building Service
* Ijazah Sarjana Muda in Ukur Bahan
* Ijazah Sarjana Muda in Alam Sekitar


Untuk kali ketiga permohanan ni adalah untuk 2nd intake pulak. Hanya dua universiti yang buka untuk 2nd intake bagi course aku iaitu UTHM dan UiTM. So, dua universiti ni sahaja aku buat permohonan. Kalau ada rezeki, in shaa ALLAH dapat sebab intake kali ni mereka dahulukan budak diploma dari politeknik. Result bagi UTHM bakal keluar dalam akhir bulan Januari manakala result bagi UiTM akan keluar dalam bulan Mac. Aku tak harap sangat dengan UiTM sebab mereka lebih dahulukan penyerapan student UiTM dahulu tapi aku tetap apply atas pujuk rayu rakan aku. Aku berharap sangat kali ni dapat sambung belajar. Cemburu melihat seorang rakan aku sama kelas masa dekat poli dah sambung belajar di UTHM dalam course Pendidikan teknik vokasional. Rezeki dia...memang jeles sangat tau...


Ok, berbalik pada entri sebenar, aku cuma beritahu yang baru-baru ni aku dah dapat semua dokumen penting dari politeknik iaitu surat pengesahan tamat belajar dan transkrip penuh keputusan diploma dari semester 1-6. Kalau korang nak tahu kenapa permohonan aku asyik gagal, sebab ye ni lah. Dokumen yang dikehendaki oleh pihak universiti belum lengkap. Aku cuma gunakan salinan yang dibuat oleh pensyarah ku untuk dokumen tersebut. So, dengan harapan permohonan kali ketiga ni dapat lah sebab semua dokumen aku hantar nanti lengkap disahkan lagi dari politeknik. Untuk buat permohonan universiti, dokumen yang mereka nak memang kita kena titikberatkan, kalau tak camni jadinya...awal-awal mereka REJECT..tapi kalau kali ni tak dapat jugak, hmm....mungkin takde rezeki lagi tu untukku...MUET dah ambil masa semester 5 lagi, so bende tu dah tak risau cuma nanti kena hadir kelas bi masa sambung degree sebab band yang ku dapat tidak memuaskan. Actually, subject paling aku lemah sejak sekolah rendah lagi adalah bahasa Inggeris. Walaupun aku tak pernah lagi gagal dalam mana-mana paper Bi tapi result yang aku dapat cukup-cukup makan je. Buat masa ni, aku masih cuba untuk memperbaikinya lagi...




Surat pengesahan tamat belajar Politeknik :)




Transkrip penuh keputusan diploma semester 1-6
sampai dua page gitu, mana tak nya bila final je mesti antara 5-6 paper kena ambil.
Bukan kurang malah lagi lebih paper kena ambil time FINAL!!!
Mau tak pecah otak kena study semua tapi ni lah paling aku minat.
Kepada budak engineering, PLEASE jangan mengeluh, ni memang dah adat tau :)





p/s: Untuk lebih rasmi dah graduate dah semestinya graduate masa hari Konvo. Setakat ni belum lagi. In shaa ALLAH dalam bulan Jun 2014 baru ley ada majlis konvo. Memang kena tunggu setahun baru boleh konvo, memang nasib bagi student politenik aku ni. Terima jelah. Keep waiting!!!!!!



ok sampai di sini sahaja entri kali ni.
Terima kasih bagi yang sudi membaca :)

Maasalamah ^_^



Love You Mr. Arrogant (◕‿◕)

Assalamualaikum,



Saja isi masa lapang menaip blog. Kali ni entri just nak share my favourite drama yang tengah hangat di TV3, iaitu daram Love You Mr. Arrogant. Sebelum ni aku layan drama Setia Hujung Nyawa, Adam Hawa, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Sehangat Asmara. Semua drama ni dari adaptsi novel. Bagi yang layan novel mungkin biasa dengar tajuk-tajuk drama ni. Sekarang drama kat Tv3 dari adaptsi novel je, yang best aku layan tapi kalau yang macam tak best sorry tak layan la. Selalunya drama-dramu tu aku dah layan novel terlebih dahulu, so takdelah macam blur je jalan cerita sebenarnya. Tapi untuk baru ni, aku belum layan novel lagi. Padahal dah lama keluaran novel Love You Mr. Arrogant ni. Cerita ni best sangat, tengok episod tengah pun dah faham jalan ceritanya. Pandai pengarah cerita ini dapat membuatkan penonton memahami dengan cepat. Tapi yang aku tak puas hati waktu siaran ye. Waktu siaran ye pada pukul 7malam, waktu semua orang siap-siap nak solat atau ada aktiviti penting lagi. Kenapalah tak buat waktu malam contoh malam hari Jumaat dalam kol 9 ke, takde lah busy sangat. hmmm




So, terpaksalah aku layan drama ni secara online. Samada aku layan dari tonton atau mana-mana blog yang upload drama ni. Itu pun kalau line internet ok, tapi tu pun masih loading jugak. Tapi layan jela sebab drama ni best dan banyak kelakar. Terhibur hatiku. Rasa nak beli novelnya, hmmm




Nilah novel nya, tak sabar ye nak membeli nya. 
Rugi ye tak beli masa dapat baucer buku dulu..huhu



LOVE YOU MR ARROGANT


SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 25 September 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
EPISOD: 24 episod
PELAKON: Zara Zya sebagai Zaara Amirah dan Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham, Haney Suraya sebagai Sherry, Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam, Mustapar Kamal sebagai Tan Sri Zahir, dan Keith Foo sebagai Hadry Hakimi. dan ramai lagi.


SINOPSIS LOVE YOU MR ARROGANT



Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.




Antara pelakon yang berlakon dalam drama ni :)


Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...



meow meowwww...
selamat menonton ye drama ni...
tak rugi ye...malah lagi menghiburkan hati..

Massalamah ^_^

Pengalaman kerja part-time (◕‿◕)


Assalamualaikum,


Entri kali ni nak kongsi pengalaman sikit semasa kerja part time baru-baru ni. Tiga hari je aku kerja tau, mesti korang pelik kenapa sekejap sangat. Dah lama sangat aku tak kerja, so ringan je kaki ni pergi merayap bandar Gombak cari kerja. Parents memang tak benarkan, suruh aku tunggu bersabar mana tau dapat sambung study. Aku dah naik rimas kat rumah ni tapi takde sapa yang faham. Ayah aku terlalu risaukan aku sebab aku belum lagi experince dunia luar ni. Disebabkan kedegilan aku, aku tetap pergi cari kerja. Sekali tu merayap la dekat Giant, Batu Caves tu. Lepas tu aku pergilah tanya mana kedai ada kerja kosong tak tapi semua ye takde. Last-last aku buat dek je pergi office Giant mintak kerja. Alhamdullilah dapat kerja sebagai cashier. Walk in interview terus time tu. Banyak betul prosedur nak kerja, suruh buat akaun RHB la, KWSP la...orang lain tak kena buat itu ini pun. Disebabkan aku tak tau benda-benda alah ni, orang tu terpaksa terangkan satu-satu. Padahal aku nak kerja cashier tapi di suruh isi macam-macam borang dan sediakan itu ini. First time aku kerja kena sediakan dokumen semua tu. 


Aku ceritakan dekat parents aku pasal kerja ni. Mereka sungguh-sungguh tak setuju. Aku naik rimas semua benda aku nak buat mesti mereka tak benarkan. Puas aku bagi alasan, akhirnya mereka setuju. Aku tak ceritakan hal sebenar dekat ayah aku yang aku kerja shift. Untuk dapat persetujuan, terpaksa aku tipu sunat. 


Seminggu kemudian, aku mulalah lapor diri. Entah kenapa aku takde lah nervous macam selalu. Mungkin kerja ni biasa je, lain lah kalau kerja office mungkin nervous habis. Masa lapor diri, ada berapa borang aku kena tandatangan. Sambil menunggu department aku datang, ada beberapa orang juga minta kerja tapi mereka minta kerja office. Kenapa lah aku ni bendul sangat bukan nak mintak kerja ikut kelulusan diploma. Kalalu aku tahu, dah lama mintak kerja offfice, nak buat macam mana takde rezeki. hmm...fikir sejenak..


Aku mula pergi ke tempat cashier tu, disuruh packing barang-barang sambil tu mereka ajar macam mana nak handle mesin cashier tu. Pening gak mula-mula, nak kena hafal itu ini. Tambah lagi yang penggunaan kad kredit tu, macam-macam nak tekan. Salah tekan, mampus aku kena marah. Hari pertama kerja aku tak disuruh handle mesin tu lagi. Macam-macam ragam customer. Ada yang biasa-biasa je, ada yang nakal sangat dan ada yang degil. Yang gatal tu aku paling geram, orang mintak duit tapi dilambat-lambatkan. Menyampah gila, gatal la pulak tu. Aku masih tak dapat jadual kerja lagi so tak tahu bila akan kerja shift.


Hari kedua lak, aku dah mula hafal macam mana nak guna mesin tu. Ada budak ni dia bagi aku handle mesin tu. Dia sangat baik, tapi baru berumur 18 tahun dah kerja. Aku tanya dia kenapa tak sambung study, dia jawab tak minat. Dah lama duduk diam, dia mulalah bercerita, aku ingat cerita apa tapi cerita pasal awek. Dia kata baru clash, kira luahkan perasaan dekat aku. Yang aku terkejut awek dia tu dah umur 21 tahun sama dengan aku. Aku tanya kenapa kenal dengan awek yang dah tua, dia cakap selalunya yang tua ni matang dan caring. Aku tanya kalau kenal tu, jumpa parents awek x, dia jawab dah semestinya. Dia gelar diri ye jenis humble. Biarlah parents tu setuju ke x, yang penting cara kenal tu ada step-step ye. Aku kagum gila dengan cara dia. Dah lama sembang, dia bagi aku handle pulak. Mula-mula takut jugak tapi seronok. Memang kelam-kabut sikit. Nak scan barang, packing barang, handle kad kredit, bagi balance. Tunggang langgang gak lak aku handle time tu. Dah macam kura-kura buat kerja pulak. Customer beratur panjang pulak tu, sabar je. Hari tu kena lagi dengan customer yang gatal lagi, boleh pulak dia kata nak diskaun bagai, puji itu ini, naik loya aku time tu. Awat lah lelaki macam ni wujud dekat dunia ni. Naik bulu roma aku layan lelaki macam ni. Bila habis waktu kerja, aku kena pergi banker kat dalam untuk kira duit. Macam-macam diajar. Best pulak kerja kira-kira ni. Yang best sekarang duit bukan tangan yang kira tapi mesin. Tu yang express, canggih sangat.


Hari ketiga aku kerja. Pada mulanya aku ingat nak buka kaunter tapi takde confident lagi. So aku masih tumpang kaunter orang lain lagi. Tapi yang ni macam kedekut sikit, langsung tak bagi aku handle kaunter ye. Aku asyik disuruh hantar barang ke tempat asalnya atau terpaksa cari bar code barang yang customer ambil. Penat sangat. Tu bukan kerja aku kalau diikutkan sebab tu kerja bahagian stor. Nak tak nak kena buat jugak kata pekerja. Nasib baik ada budak ni tolong kau. Dia ni banker, kerja dia pick up duit dan handle bahagian duit je. Tiga tahun dah dia kerja, lama tak korang rasa. Kalau kira duit, sekejap je. Tekan kalkulator sangat cekap. Aku suka kawan dengan dia walaupun lelaki. Dia sporting sangat, kalau cakap ada batas. Aku mula kawan sana sini tapi kebanyakkan lelaki. Entah kenapa aku lebih suka berkawan dengan lelaki. Mungkin sebab mereka tak manja, kalau kawan sama manja, gedik pulak nanti. LOL. 


Aku mula dapat jadual. Esoknya aku mula kerja tapi shift petang. Aku mula risau macam mana nak beritahu ayah. Sure ayah tak benarkan. Malam tu aku takut sangat. Nak tak nak aku beritahu jugak, mengamuk ayah aku. Ayah aku cakap aku tak pentingkan keselamatan. Aku cakap lah ayah tolong pick up tapi bila memikirkan ayah aku selalu outstation, tetap tak boleh. Mak tiri aku memang tak akan tolong sebab kami memang ada masalah sejak dia muncul lagi dalam family aku. Last-last ayah aku suruh aku behenti kerja tu, aku sedih sangat time tu. Mana nak letak muka ni, baru tiga hari kerja dah kena resign. Esoknya aku tidak hadir kerja, aku call department habis kena maki kononnya aku dah buat perangai. Sedih sangat-sangat time tu. Aku teringin nak sangat orang dengar luahan aku tapi takde. So esoknya aku resign terus. Sedih sangat time tu. Aku teringin nak kerja tapii....tapi aku gembira selama tiga hari tu dapat pengalaman kerja handle mesin cashier dan kira-kira duit. Pengalaman berguna untukku.


Entah macam mana aku nak pergi Giant lagi, jumpa mereka semua tu, mesti diaorang fikir bukan-bukan. Harap mereka lupakan apa yang dah berlaku. Aku diamkan diri, risau kena maki lagi. Ayah aku bagi syarat nak cari kerja, pastikan kerja tu takde shift, balik ikut office hour. Nak tak nak aku kena cari kerja office jugak. hmm.....kan best ada kereta, tak kisah nak kerja shift mana. 





So, sekarang aku menganggur kembali. Tanam anggur banyak-banyak dekat rumah ni.
Menunggu bilalah akan ada rezeki nak kerja, buat masa ni aku apply apa yang ada dulu.
Sekian, penat menaip sudah. 




Sebelum tu, nak ucapkan Salam Aidiladha pada semua umat Islam.
Belum terlambat lagi kann....cewahh
saja nak bajet buat mimik muka comellll

Massalammah ^_^



Pengalaman mencari kerja kosong melalui laman web (◕‿◕)


Assalamualaikum,



Entri kali ni nak ceritakan atau kongsikan pengalaman mencari kerja kosong melalui laman web. Tak kisah la laman web mana, tapi kita harus lah sentiasa berwaspada dengan iklan kerja-kerja kosong yang ada. Ada kala ye, laman web tu benar dan ada juga yang palsu. Memandangkan sekarang musim bagi pelajar lepasan diploma atau sijil pasti ingin mencari kerja kosong sementara menunggu keputusan sambung belajar seterusnya atau cari pendapatan buat sementara waktu. Aku tak kecuali dari salah seorang ini. Niat aku memang nak kerja buat sementara waktu sementara menunggu untuk sambung ijazah di university yang aku target nak pergi.


Memandangkan semua rakan-rakan ku dah kerja, aku pun mula lah nak cari kerja gak. Iye lah sudah lima bulan start dari bulan Mei aku mengganggur di rumah ni. Parents aku memang tak benarkan aku cari kerja sebab takut benda tak diigini berlaku. Cuma aku yang degil tetap dengan kehendak aku nak try cari kerja kosong.


Mulalah aku merangau layan laman web iklan kerja kosong. Siap update dalam email aku lagi tapi yang ini kerja kerajaan la. Aku lebih suka layari laman web Mudah.com untuk cari kerja kosong sebab ia lebih detail terangkan skop kerja, deadline, gaji, kerja shift ke tak dan basic detail seperti alamat, no telefon dan emel. Kebanyakkan laman web yang aku usha selalu ye dia nyatakan jenis kerja, nama company, emel dan deadline je. Alamat company  cuma letak bandar je, macam mana nak cari kalau tak detail.


Punya duk usha, kebanyakkan aku jumpa iklan kerja kosong untuk kerani, call service dan kerja-kerja partime seperti jaga butik atau guru tadika. Untuk bidang ku iaitu kejuruteraan awam tak kecuali gak aku usha dah siap hantar emel resume lagi tapi satu feedback pun tak dapat lagi. Hmmm…maklumlah bidang aku ni memerlukan pengalaman baru boleh kerja di company mereka. Dan kebanyakkan company civil engineer ni nak orang ada ijazah sahaja, aku ni hanya ada diploma je. Yang aku tak faham kalau semua company nak aku ada experience, mana company aku nak cari experience. Tak faham kadang-kadang kriteria nak kerja dengan company mereka.

  
Satu-satu iklan kerja kosong aku hantar resume. Alhamdullilah ada feeback. Dan mulalah dipanggil interview sana sini. Interview yang banyak aku dapat adalah kerja sebagai call service. Dalam kepala aku cuma fikir kerja ni mesti angkat telefon selesaikan masalah customer. Itu je aku tahu. Aku ceritakan segalanya tentang kerja tu pada parents aku. Mereka sungguh-sungguh tak setuju. Aku cakap nak pergi interview dulu tengok keadaan macam mana, macam-macam alas an aku bagi. Akhirnya ayah aku bagi. Maklumlah aku masih mentah dengan benda-benda macam ni, parents mana tak risaukan anak ye. Tapi aku tetap dengan kedegilan aku.


Pada hari aku diiterview, macam-macam dugaan sebenarnya aku kena. First, aku terpaksa harungi jalan yang terlalu jammed di awal pagi, train LRT lambat la pulak, naik teksi kena tambang mahal pulak..masa tu  dah lewat kalau diikutkan sebenarnya tapi sesi interview dah mula pun untuk yang datang awal. Aku lewat dalam 5 minit jugak la sebab nak cari company tu. Ada la dalam 6 atau 7 orang kena interview gak time tu termasuk aku. Aku tengok keadaan company tu takde barang-barang office pun, pelik pulak aku rasa. Nanti aku nak kerja camne…fikir punya fikir. Bila aku diinterview, dia benarkan bahasa Melayu. Happy sunggu hati ku tak payah nak speaking bagai. Jantung time tu tak dapa tnak dibayangkan memang nervous. First time sebenarnya diinterview secara formal gitu. Disebakan terlalu nervous, aku tak tahulah berapa kali aku dok ulang ayat yang sama. Memang lawak kalau diingatkan balik. 


Lepas diinterview baru lah sesi tanya soalan. Dia mulalah berikan penerangan sikit tentang company tu. Yang terkejut ye, aku bukan kerja sebagai call service tapi sebagai ekskutif marketing. Aku dapat bahagian kad kredit, kena buat sale itu ini. Dalam sebulan kena target 20 sale untuk dapat basic salary. Susah gila. Kalau tak dapat sale yang ditargetkan, aku tak akan dapat basic salary, malah hanya dapat dari jumlah yang berjaya sale. Itu kalau dapat, kalau tak macam mana, penat lah aku kerja nanti. So far, memang aku dapat kerja tu tapi……


Satu malam tu aku dok fikir apa keputusan perlu dibuat. Nak terima kerja tu atau reject je..hmm. Aku punya lah mintak pendapat dari kawan-kawan, kebanyakkan mereka kata baik reject sebab penat kerja tapi susah nak dapat basic salary. Aku nak kerja cari pendapatan sambil cari pengalaman bukan tak dapat apa-apa dari penat lelah kerja aku. Finally, I made one decision. Need reject this job, memang sedih pada mulanya tapi nak buat camne aku kena fikir dari pelbagai aspek.


Aku ada minta pendapat dari seorang kenalan yang dia berkerja sebagai pengeluar insurans. Dia menerangkan tentang skop kerja ye tapi takde lah payah macam aku Cuma tulah kena keluarkan modal. Disebabkan aku terlampau runsing mengenai kerja ni, dia mintak aku cuba search kat google pasal kerja ni, Cuma tengok skop kerja tu. Yang pasti dia cakap kerja dari sumber yang halal. Hati ku mula pelik, kerja macam ni ada ke dari sumber yang tak halal. Tanpa membuang masa, aku mula search kat google dan ternampak satu blog menceritakan skop kerja sebagai eksekutif marketing. Aku baca blog dari A sampai Z. Comment ye pun aku baca. Overall yang diceritakan dalam blog ni, kerja ni hanya buat sale melalui talk in phone. Bukan secara bersemuka dengan customer. Company tu akan bagi list number yang pakai kad kredit. List number tu pulak dijual dari mana-mana bank yang terlibat kepada company tu. Tak sangka ye, sungguh senang kerja company tu dan bank tu buat kerja tak munasabah. Kesian customer, asyik kena ganggu dengan panggilan dari company mana yang terlibat. Company akan guna private number untuk call customer, so customer tak boleh sebarang aduan. Memang bagus kerja company ni cari pendapatan. Mengenai comment pulak, kebanyakkan mereka mengadu sering dikacau. Tanpa buang masa, bila da je call macam tu, mereka kata akan maki habis-habis sape yang call tu. Takut gila aku baca comment-comment mereka, semua bias-bisa. Yang aku tak puas hati, kita punya lah kena maki bila call mereka tapi company tu dapat keuntungan seang-senag je melalui air liur pekerja ye. Sungguh tak berperikemanusiaan.


Oleh yang demikian, keputusan aku muktamad untuk reject kerja tu. Dah macam karangan pulak siap berperenggan. Harap pada pelajar di luar sana sentiasa berhati-hati dengan iklan kerja kosong. Ini pengalaman aku yang tak akan dilupakan. Memang kita tak duga kerja macam tu, so kena lah buat search banyak-banyak sebelum terima apa-apa kerja ye. Bagi aku, kerja sebagai eksekutif marketing atau call service bagai memang terkeluar dari list aku. Kalau Nampak iklan kerja kosong, buat tak nampak je. Call service tu trick je kerjanya, nanti bila interview jadi eksekutif marketing pulak.


Harap entri kali ni dapat anda renung-renungkan macam mana kerja sebagai eksekutif marketing. Kalau boleh elakkan, sebab tak semua ye company yang betul.  Kalau ada perasaan was-was, minta pendapat dari yang lebih tua dari kita atau cuba buat research dulu.






Tapi janganlah pulak putus asa nak cari kerja, cuma sebelum buat apa-apa keputusan nak terima kerja tu mestilah akan bagi kita sumber yang halal. Tak semestinya makanan je ada halal haram, ekonomi juga ada. 
Renung-renungkan :)