The Begining 2013 ♥ (◡‿◡✿)

Assalammualaikum

berkesempatan menulis blog.
ni lah kali pertama aku menulis blog di asrama.
sekarang aku berda di asrama politeknik aku, selalunya aku tak berkesempatan menulis blog
tapi disebabkan broadband yang ayah aku beri ni, aku ley menulis blog.
kalau tak jangan harap la blog aku akan diupdate melainkan pada cuti sem.

entry kali menceritakan pasal azam tahun baru 2013,
setiap ade orang mesti ade azam baru atau pun masih dengan azam lama dan cuba untuk merealisasikan.
begitu juga dengan aku.
ade je azam aku tahun 2012 belum tercapai lagi..hewhew


Goodbye 2012, and say welcome 2013
Alhamdulillah :)

aku masih bernafas di dunia untuk berbakti ke jalan-Mu.

Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah
 - Ibn Mas’ud

umurku makin meningakat, kini dah 21 tahun
dah boley pegang tanggungjawab kalau diikutkan tapi aku masih belum bersedia.
Masih banyak lagi perlu diperbaiki lagi.

Even though I don't know at times which direction i'm heading in, nor the outcomes of the path life takes me on, I do know Allah will be there to guide me through! Insyaa'ALLAH 




ok, time tu list azam yang hendak dicapai untuk tahun 2013 ni.

♥ dekatkan diri lebih dengan ALLAH [muhasabah diri]
♥ wat yang terbaik untuk semester 6 dalam Dip Civil Engineering [no repeat sem]
♥ battle Final Project last sem [markah dari dapat panel membantu prestasi subject FINAL PROJECT]
♥ dapat result muet yang memuaskan [layak untuk sambung degree nanti]
♥ belajar masak, buat kek, kuih 
♥ belajar mencintai diri sendiri [cuba menutup hati sebaiknya dari mencintai someone again]
♥ dapat sambung degreee untuk 1st batch [tak nak tangguh-tangguh lagi]
♥ menjadi kakak yang dapat memberi semangat kepada adik2 ku [jadi anak baik]
♥ after Dip, ayah akan memberikan kepercayaan kepada aku untuk aku handle hidup ku sendiri
♥ after Dip, ayah izin kan aku drive kereta sendiri
♥ ubah segala sikap buruk aku yang tak kureng [masak, tidur, cinta, attitude, study]
♥ jadi sahabat yang baik untuk kawan2 ku [tak nak ade masam2 muke lagi]
♥ berimej muslimah [menutup segala aurat dengan sempurna]
♥ mule memikirkan cita-cita dalam bidang engineeering yang sebetulnya [untuk sambung degree]



semua azam tu harap aku dapat capai dalam tahun 2013 ni
amin 

see u later, thank you for reading


assalammualaikum 





Petanda dia jodoh kita ♥ (◡‿◡✿)

Assalammualaikum,

kembali menulis blog lagi. kali ni menulis blog bukan pasal diri atau life sekarang.
saje taip blog ni na share sedikit info.

memandangkan sekarang kahwin pada usia muda menjadi trend..
hope yang kahwin awal tu bukan sebab ikut kan trend ni ye :)

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan ketika masih belajar atau pada usia yang sangat muda. Mungkin dah sampai jodoh mereka. Apapun tahniah ye.

Di sini saya share ape yang saya tertarik dengan artikel iluvislam.com
artikel ini mengenai 10 petanda bahawa dia adalah jodoh kita. Antaranya, 

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

agak-agak korang, ade tak kaitan dengan orang kita sayang..sama-sama kita merenunginya.
manalah tahu kalau ade yang terkena pada ciri-ciri lelaki yang kita sayang.. Alhamdullilah :)




Dunia laman sosialku (•ˆ⌣ˆ•)

Assalammualaikum

kali ni aku menulis blog mengenai laman sosial aku.
takde idea untuk blog, jadi aku ambil kesempatan ini mempromote laman sosial.
korunk nak follow atau x, itu masing-masing punye hak.

aku mula berfacebook sejak tamat ye SPM 2009,
dari situ aku mula belajar cara-cara berFacebook. Masa mula-mula memang macam ketagih la, iye la sibuk nak add friends la katakan.
dari semasa ke semasa, facebook asyik di upgrade sampai aku pun dah pening..



laman sosial kedua pulak adalah blogger..yang ni aku mula berblogging awal tahun 2011.
tapi jarang-jarang je aku post ..maklum lah busy..
aku masih tak berapa mahir lagi time na berblogging ni



dan laman sosial ketiga aku adalah twitter.
aku mula start bertwitter ni nov 2012, saje na suke-suke tapi makin lama seronok pulak.
ade lak yang berdakwah dengan post sesuatu motivasi dalam twitter.



kalu korang perasan la, setiap laman sosial aku mest aku akan gune username azie azeera.
azie tu nama samaran aku dan azeera tu nama penuh aku.
mula-mula suka je mereka username, tapi sekarang nama tu jadi panggilan untuk orang kenal aku dari laman sosial :)

penat menulis, 
sekian, terima kasih..silalah follow kalau tak keberatan ye :)




new semester new roomate (•ˆ⌣ˆ•)

Assalammualaikum,

kembali menaip blog, tiba-tiba tangan ni rajin je na menaip blog..
iye lah lepas ni kalau dah busy dengan study, dah takde masa untuk berblogging ni!!

aku rasa bersyukur sangat kerana msasih diberi peluang mendiami asrama lagi walupu sudah semester 6 tapi dah diberi peluang, terima jela.
ramai kawan aku tidak berpeluang menerima asrama.
kalu difikirkan balik selalunya bila student dah sampai semeter 2, pasti kena tapi mencari rumah sewa.
tapu aku tidakk..
maybe sebab persekitaran politeknik aku yang amat mencurigakan sebab itu ia masih menyediakan kemudahan asrama untuk student.
tq PSIS.

pada 14 Disember 2012 lalu, aku mula mendaftar untuk semester 6.
Alhamdullilah dapat roomate yang ok jugak, rakan kelas aku sendiri tapi ni lebih islamik.

tak tahu kenapa, setelah seminggu aku roomate dengan dia,
aku rasa dekat dengan ALLAH, makin rajin membaca Al-Quran.
terima kasih ALLAH sebab masih memberi aku berkawan dengan kawan baik.

actually aku takut dapat roomate yang tak reti hormat aku.
aku harap roomate kali ni dapat memperbaiki diri aku yang tak seberapa ini.

credit to Nur Adnin bt Mohd Zaid

ni lah bilik aku yang baru seminggu dihiasi bersama roomate aku 


aku harap dengan kehadiran roomate seperti in dapat mengubah diri ku ke arah positif.
amin .
huihui... bubye :)

Finally, welcome semester 6 !!!

Assalammualaikum,

kembali menaip blog setelah lama menyepi. Aku baru saja mendaftar untuk semester 6 dalam jurusan Dip Civil Engineering.

tapi tak sampai seminggu aku duduk di politeknik, dapat lak cuti seminggu sempena Christmas Day  dan New Year.
ni lah hidup student seperti aku, pantang cuti nak aje balik rumah.
kawan-kawan semua sibuk dengan final project mereka cuma group aku belum lagi.
hope perjalanan final project berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
paling aku takut dalam semester ini adalah presentation final project yang melibatkan panel profesor atau engineer..seriously takut dan nervousss

subject yang aku amik untuk semester ini pun tidak kurang mencabar ye..
susah jugak walupun tidak banyak calculation tapi dia penuh dengan theory english.
masalah aku adalah kurang mahir dalam english..

ni lah subject yang kena amek untuk sem 6

Senarai kursus semester depan (17 Kredit):

1. Structural Analysis 2
2. Civil Eng. Project 2
3. Project Management
4. Envoromental Pollution & Control
5. Reinforced Concrete Design
6. Hydrology
7. Water and Weste Water Eng.
8. Building Services

banyak teori dan semua berkaitan dengan alam sekitar.
aku cuba yang terbaikk untuk sem ini.
memandangkan pointer sem 5 aku jatuh teruk, aku kena kekal kan pointer untuk lebih baik.
tapi aku bersyukur sangat sebab takde kena carry paper sebab pointer aku jatuh merundum abis..huhu ^_^

wish me good luck for this semester :)



✿ Cameron Highlands ✿

Assalammualaikum,


kali ni menceritakan percutian yang bermakna yang dah la teringin sepanjang hidup ini.
dari kecil, berharap dapat bercuti di Cameron Highlands.
pada umur 20 tahun ni, baru dapat merasa ye.. Alhamdullilah..
indahnyer suasana pemandangan di Cameron Highlands.

Memang tidak akan melupakan saat-saat terindah ini.
hilang tekanan belajar wat sementara waktu.
mengisi masa cuti sem 3 minggu ni dengan menghayati keindahan pemadangan ciptaan ALLAH yang tidak terkata ini.

di sini, saya menguploud beberapa gambar yang sempat di snap sewaktu disana.



singgah di Tanah Rata, Cemron Highlands..
banyak baju-baju yang dijual..sEmua baju mESti ade gambar strawberi.



Alhamdullilah sampai jua di Country Logde Resort..
suasana time tu sejuk jugak walaupun baru pukul 3 petang..




bersama family pergi melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highlands..
sunggu indah ciptaan ALLAH swt..
ini tempat ladang teh dipetik..luas sangat dengan angin yang aman



dikelilingi kumbang ..hehe..
actualll semua tu my cazen dan siblings..



hewhew..now di Mossy Forest plak..
hutan yang sangat tinggi..perjalanan ye amat mencabar..hanya orang yang betul-betul berani boleh sampai..
kehijauan hutan ini memukau aku.



say hello everyone..now i'm here



kini aku berada di sempadan antara negeri Perak dan Pahang..


keindahan alam semulajadi yang perlu disyukuri..subhanaALLAH..sungguh indah ciptaan-Mu




berehat sebentar setelah penat mendaki hutan ini..keep smile



di sini adalah puncak Mossy Forest..di sebelah ada tercatat suhu dan ketinggan ye 2000m..



ini lah family saudara aku yang bawak kiteorang melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highlands..



ini lah pemadangan Ladang Teh dari jauh..cantik kan.. subhanaALLAH




ni lah satu-satunye cenderahati yang aku beli..#bantalpelukstrawberi..



now i'm at Strawberry Farm..rugi kalau pergi C.Highlands tapi tak beli buah strawberii..fresh punyer dari ladang..snap sebentar..

huhu sampai di sini sahaja coretan saya untuk blog kali ini..
 Assalammualaikum semua :)


♥motivasi dari movie Istanbul Aku Datang♥

Assalammualaikum

setelah sekian lama aku tidak layan blog ney atas sebab-sebab tertentu.
tapi malam ney aku cuba update sesuatu untuk blog ney.
lepas aku tengok cite #istanbul aku datang, rasa macam bertambah minat aku untuk mengupdate blog aku.
walaupun sikit je entry na disampaikan dan terlalu simple tapi ia menarik untuk dibaca dan tak akan membosankan pembaca blog.

kali ni aku na cite pasal #istanbul aku datang.
aku sudah berkali-kali melayan cite ney lepas je download.
cite betul-betul sweet.

dan juga ada terselit motivasi nya.
contohnya, bila ada kesempatan walupun tahu kita tidak akan mendapatnya, tapi tak salah kita mencuba nasib dulu.
yang kedua, kita tidak boleh terlalu mempercayai seeorang walaupun dia orang yang sayang sangat-sangat.
yang ketiga, kita perlulah berdikari walaupun sesukarnya masalah yang menimpa kita.
yang keempat, kita perlulah selalu berfikir positif dengan setiap masalah yang berlaku, ini mengajar kita erti kehidupan.

itulah yang motivasi ada dalam cite ini.
aku kagum dengan pengarah cite ini, sebab dapat menyediakan cite komedi plus romantik dengan selit sedikit motivasi.
mungkin ada lagi motivasi aku tak perasan,

seriously aku minat cite ini.
disebabkan cite ini, aku mula minat na menulis blog malam ini.
dimana watak lisa dalam cite ini yang selalu menulis blog dengan setiap apa yang berlaku pada dirirnya.
aku berita 10 bintang untuk cite ini.


comel sangat-sangat pelakon nya dalam cite ini.


sinopsis cite ini.

“Istanbul Aku Datang” menceritakan tentang seorang gadis bernama Dian (Lisa Surihani) yang sanggup ke Istanbul demi mengejar cintanya yang dilakonkan oleh Tomok (Azad). Kedua mereka telah menjalin hubungan lebih 5 tahun tetapi terpaksa berpisah kerana Azad melanjutkan pengajian. Namun, kedatangannya ke Istanbul hanya menyebabkan diri lebih merana apabila rahsia Azad telah terbongkar. Ouh ya, kami tidak mahu beritahu apakah rahsianya.
Disebalik kedatangannya ke Istanbul, perkenalan Dian bersama seorang pemuda bernama Harris (Beto Kusyairy) telah menyentuh hatinya. ‘Mimpi ngeri’ Dian bermula apabila dia ditipu ketika mencari rumah sewa dan tanpa diketahui, rumah yang sudah pun dibayar deposit selama 3 bulan itu sebenarnya sudah pun mempunyai seorang lagi penyewa iaitu Harris. Perkara ini menyebabkan dia terpaksa duduk serumah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.


tak rugi kalau korang layan cite ini.
ok la sampai di sini aku menaip blog untuk malam ini.
assalammualaikum