Day 2 Presentation Final Project by Diploma Civil Engineering (◕‿◕)

Assalammualaikum


Entry kali ini pasal hari ke-2 untuk pembentangan projek akhir. Kali ini turn kelas aku. Memang berdebar gila time tu. Dah la group aku merupakan group yang ke-6 dari 20 group. Setiap pembentangan mengambil masa 15 minit, dan 15 minit lagi sesi soal jawab soalan panel. Aku yang memang dilahirkan dengan sikap over nervous, memang macam kucing nak beranak time tu. Dah la berdebar, kena pulak pergi ambil LCD atau projector. Masa nak settings projector, time tu la dia buat hal. Semua benda tak kena tapi partner aku relax je siap boleh singgah booth orang lagi. Orang lelaki memang camni kot, cool sentiasa. Berulang kali aku soal partner aku, entah kenapa aku jadi blank sangat sedangkan aku dah study pasal projek aku. Sabar jelah partner aku melayan kerenah aku yang asyik menanyakan soalan yang sama berulaang kali. Aku memang camni, selagi tak settle, selagi tu risau. 


Sampai turn group kami, aku yang starting dulu pembentangan tu. Memang rasa berdebar sangat. Aku dah tak peduli dengan orang sekeliling yang tengah ambil gambar, mendengar pembentangan kami, masa tu fokus je apa nak disampaikan. Panel aku terdiri dari engineer, so memang kene strict sikit la. Pembentangan mesti dalam english. Kalau tercakap melayu, mulalah tegur. "Please use one languange only", dari A sampai Z kami  speaking la.. Memang macam apa tah, habis grammar terabur. Nasib baik panel faham je apa kami bentangkan. Alhamdullilah selesai pembentangan. Rasa macam sekejap tapi 30 minit jugak la kami buat pembentangan. Lepas tu, apa lagi aku merayap dekat booth orang. Tenangkan fikiran. Rasa ringan je otak time tu, dah settle semua. 


Sampai tengahari jugak la, pembentangan kelas aku tamat. Alhamdullilah semua panel yang dijemput baik hati, tak banyak menjengkelkan cuma ada 1 atau 2 orang panel yang amat strict gila sampai tanya soalan macam kami student master lak. Layan jela panel gitu, nasib baik tak kena pada group aku. Fuhh, selamat.


Aktiviti lepas pembentangan, memang tak lain dan tak bukan kalau photoshoot atau bergambar. Mulalah masing-masing berposing sana sini dengan memakai kot. Memang best time ni, aku pun tak terkecuali menyelit sana sini. Ini memang photoshoot bermakna untuk dijadikan kenangan manis pada semester akhir.


Okey dah panjang lebar aku menaip, kali ni turn layan gambar je. Photoshoot After Final Project :) 



muka nervous sebelum pembentangan, senyum terpaksa jek




saat kami membuat pembentangan, mendebarkan gila tapi masih dalam terkawal




nilah panel kami, baikhati jugak la cuma yang tengah tu engineer so dia strict sikit dari segi penyampaian. Overall, they are very sporting :D








































nak jugak photoshoot pakai kot, bukan selalu nak bajet gini





































muka lega camni la, senyum lebar nampak gigi, haha.. LOL








ada gaya macam ahli koporat tak, hehe





selagi boleh menyelit, selagi tu aku ada, haha, LOL



okay sampai sini sahaja untuk entry kali ini, kenangan yang tak dapat dilupakan serta pengalaman pembentangan di hadapan panel yang berjawatan memang dijadikan satu keyakinan pada diriku.


to be continued in next entry
stay tuned
selamat membaca (◕‿◕)

Day 1 Majlis Perasmian Program Akademik JKA (◕‿◕)

Assalammualaikum


Ada masa kesempatan ini, mulalah menaip blog. Kali ni nak sambung pasal pembentangan projek akhir. Semua pelajar yang terlibat wajib setting sendiri dewan mengikut kehendak lecturer. Dewan perlu disiapkan tiga hari awal seperti letak 'partician' mengikut kedudukan yang ditetapkan. Oleh sebab semua nak buat pembentangan dulu atau tak cukup buat, terpaksa buat undian di mana kedudukan masing-masing. Dan pada hari seterusnya, mulalah setiap group memenuhkan 'partician' mereka dengan serba sedikit info pasal projek mereka. Group aku pun tak terkecuali. 



nilah 'partician' group aku yang siap dipenuhi dengan sedikit info mengenai projek aku



Pada 9 April 2013 bermulalah perasmian pembentangan projek akhir. Hari tersebut bukan turn kelas kami membentangkan. Walau bagaimanapun, tetap rasa berdebar sangat. Yang hadir adalah para pelajar, lecturer sahaja dan juga panel yang terlibat. Masing-masing mulalah bersedia dari segi penyampaian dan penerangan projek akhir. Semua akan berada di group masing-masing. Debar aku memang tak terkata pada masa itu.




Majlis Perasmian Program Akademik JKA kali ke-9 dirasmikan oleh Encik Rosli




Dimulakan dengan sepatah dua kata ucapan sempena majlis perasmian ini.




Sesi pembentangan dengan lecturer yang datang melawat.




Haha..gelak dulu..okey..nilah group aku..tak tahu kenapa tema warna kami sama..blue color.. ignore muka aku tidur tak berapa, so sebam sikit




Pembentangan kepada pelajar yang melawat 'partician' mereka. Masing-masing begitu commitment dalam penyampaian kepada pelajar.


Di sini aku sertakan semua budak kelas aku bersama 'partician' mereka. Begitu ceria muka mereka. Muka tak sabar untuk penerangan projek mereka sendiri. Memang terbaik lah kelas aku.




Credit to Nor Amirah dan Rajkumar



Credit to Muhammad Hasreey, Nur Atila dan Nurul Huda




Credit to Nur Syafirah Fatin dan Puspayanti




Credit to Raidah Waznah dan Muhamad Adlan




Untuk group ni, dua orang je dari tengah. Credit to Nur Syafiqah Sa'adon dan Nur Farihan




Credit to Syahirah Alia dan Ahmad Firdaus




Credit to Nur Natasha dan Siti Nadhirah




Credit to Muhammad Adha dan Nur Adnin




 Credit to Amirah Hanis dan Shazana Adlin




Credit to Sairul Mawarena dan Muhammad Helmi


Di belakang tabir, baru lah kami bergambar sebagai tanda kenangan. Ini sebenar saat yang ditunggu-tunggi. Pantang ada kamera ke DSLR ke, semua sibuk posing. 















semua nak masuk dalam frame sampai dah tak muat, haha








credit to Nur Halimah



sesi bergambar, smile :)




credit to Akif dan Raja Zetty Akhtar




credit to Nur Syazwana, Hanis Hanapiah dan Lukman




Projek untuk kumpulan ini











tema red only okay :)







dah macam panel la, terbaik.. haha




projek seni bina




break time, makan-makan dulu




credit to Siti Haida dan Nor Afiqah




credit to Nurafiah dan Siril Aishah




credit to Farizatul Shima dan Muhammad Nazrien




credit to Nur Atiqah dan Maniarsu



aku dengan kawan baik ku selama tiga tahun ni. 




Ada banyak lagi gambar, ni je aku dapat share dalam entry kali ni. Tak larat aku na nak meng'upload' semua. Hasil projek budak kelas aku, memang terbaik. Mempunyai kelainan untuk projek kali ni. Alhamdullilah dah selesai semua.

To be continued, next entry
stay tuned (◕‿◕)