mukadimah projek akhir (◕‿◕)

Assalammualaikum


Hari ini tak tahu kenapa rasa rajin pulak nak update blog lagi. Biasalah takde kerja sementara tunggu result keseluruhan pointer diploma akhir bulan ini. Kali ni nak hupdate pasal pembentangan projek akhir bagi semester akhir. Kalau difikirkankan balik, time senior dulu, aku punya nak mengelat dari subjek ini. Iyelah kena buat sesuatu yang baru tak kisah lah mengkaji atau membuat sesuatu yang baru sama ada guna idea kreatif atau guna bahan tambah. Biasalah projek akhir bagi pelajar kejuruteraan awam ni tak sama dengan projek akhir jurusan lain. Memang kena fikir, guna idea tersendiri. Banyak kajian kena buat. Subjek ini sangat stress sebenarnya. Kalau diingatkan balik, memang banyak pengalaman pahit nak kena telan. Ada je tak kena sepanjang nak tamatkan projek akhir. Subjek ini memang membuatkan hidup aku tenteram dan asyik teringatkan setiap apa yang berlaku. Memang menghantui hidupku. 


Subjek ini memang wajib untuk semua pelajar semester akhir tak kira diploma atau pun degree. First sekali, aku dengan partner kena selalu jumpa penyelia. Penyelia ini penting kerana dia akan tolong kita dari segi memberi idea. Dan kami akan ikut apa yang diarahkan. Lepas tu, mulalah membuat projek step by step. Bahagian membuat, partner aku je yang ambil alih. Eh, lupa nak bagi tahu tajuk projek akhir adalah "Producing an adjustable scaffolding". Ia merupakan struktur sementara di mana buruh binaan akan panjat ia untuk buat kerja bagi bangunan yang melebihi dua tingkat. Biasanya akan di tapak bina, pasti korang  biasa melihat cuma tak pernah dengar namanya kan. Kerja aku cumalah membuat report atau thesis, membuat phamplet bagi projek ini. Hanya partner aku yang buat projek ini sebab aku tak mahir sangat. Alhamdullilah tak lah banyak sangat budget digunakan untuk projek ini. Adalah sampai RM500 lebih digunakan. Tapi tu pun membebankan jugak sebab kertas A4 dan ink printer asyik habis saja. Oleh sebab dah tak tahan sangat, terus printer kat cyber cafe je tapi tu pun memakan banyak duit. Takpe lah untuk projek akhir, berkorban semuanya. Alhamdullilah, projek akhir selamat disempurnakan.



ni hanya contoh "scaffolding" yang aku maksudkan untuk projek akhir kami. In shaa ALLAH, aku akan menceritakan serba sedikit tentang projek akhir ku ini. Untuk entry kali ini pendek sahaja sebab aku akan update by one. Stay tuned, haha (◕‿◕)



No comments:

Post a Comment