Assalammualaikum
Menaip blog kembali. Blog kali ni update pasal bahan rujukan untuk projek akhir. Oleh disebabkan projek akhir kali ini adalah mencipta sesuatu yang baru, jadi aku mencari banyak bahan rujukan. Bahan rujukan ini digunakan dalam menghasilkan report atau thesis dan juga sebagai pemahaman supaya senang jawab pertanyaan panel nanti. Terus terang pada mulanya aku tak faham sangat apa kene mengena dengan projek akhir. Partner aku berulang kali memberi penerangan kepadaku. Nasib la di dapat partner dengan aku. Aku ni jenis suka bertanya berulang kali. Maklumlah memori aku ada sikit je ruang.
Oleh kerana masa untuk pembentangan dah semakin dekat, aku mula kena fikir cara nak siapkan report sebaik mungkin. Tak salah aku pada masa itu dalam bulan mac 2013. Mulalah kelam kabut. Penyelia aku dah selalu tanya bila na submit draft report pada dia. Oleh kerana risau dia banyak complaint, aku kena cari bahan rujukan yang banyak untuk dimuatkan dalam report projek akhir ini.
Aku mulalah plan dengan kawan untuk pergi ke perpustakaan negara malaysia untuk cari bahan rujukan. Walaupun aku duduk kat bandar KL, tak pernahlah aku menjejak kaki ke perpustakaan ini. Aku bukan tahu sangat jalan cam ne nak pergi ke perpustakaan ini. Nasib baik lah kawan aku ada bagi tahu jalan untuk pergi. Masa dah samapi di KL Sentral, dah tak tahu nak naik tren apa ke perpustakaan. Mulalah tanya guard. Last-last kitaorang naik tren Monorel untuk pergi ke perpustakaan. Masa nak cari tren ini, pun pening kepala sebab tak pernah lak naik. Mulalah merangau cari guard lagi untuk tanya kat mana boleh naik tren ini. Last-last rupanya tren ini dekat luar bangunan KL Sentral. Dah macam apa time tu. Lepas je beli tiket tren ini, kawan aku dengan adiknya tak tahu cam ne guna tiket ini. Cara tren ini sama dengan tren LRT di mana token itu di 'touch' n 'go'. Masa nak naik tren itu, punya lah aku pelik sebab tren ini terlalu kecik tapi orang berpusu-pusu masuk. Aku yang kat dalam itu tak tahu camne na tahan lagi. Rimas tahu tak. Kenapalah diaorang tak upgrade tren ini.
Akhirnya sampai juga, tapi kena ambil teksi untuk ke perpustakaan. Dekat 3 teksi ditahan, macam-macam alasan mereka bagi. Kata tak pernah pergi la, tak tahu lah..aishhh pelik dengan alasan mereka. Nasib baik ada yang teksi baik hati, tahu jalan ke perpustakaan. Sampai jua di perpustakaan, mulalah mencari kaunter pertanyaan. Banyak betul bangunan, pening kepala mahu mencarinya. Finally, sampai jugak di bahagian kejuruteraan, mulalah excited cari bahan rujukan.
Ni lah rak untuk bahan rujukan projek akhirku. "scaffolding" tajuk ye. Tapi tak semuanya dijumpai, sebab ada tempat lain buku berkaitan projek akhir diletakkan di tempat lain. Terpaksa rajinkan diri mencari di rak-rak lain.
Ni lah aktivitiku bilalah dah bosan dalam perpustakaan ini. Mulalah bergambar san sini untuk hilangkan bosan. Ni bff aku, kitaorang selalu bersama pergi kelas atau lepak dalam asrama.
Ni lah bahan rujukan yang aku guna untuk kefahaman dan sebagai bahan tambahan dalam report projek akhir ku. English je belaka, payah aku nak faham. Ni la akibat tak belajar english time kecik-kecik. Dah masuk politeknik, mulalah merangau nak cari dictionary.
Hampir 3 jam jugak lak kitaorang habiskan masa di perpustakaan. Perut dah mula lapar. Kedai makan takde pun dekat area perpustakaan ini. Jadi terus fikir just makan dekat KL Sentral. Dah sampai, mulah cari kedai makanan. Tapi tak tahu nak makan apa. Nasib baik ada adik kawan aku ni, dia consider kitaorang pergi makan dekat Subway. Aku selalu nampak kedai ini tapi disebabkan tak reti nak beli, jadi tak pernah nak singgah. Sistem kedai ini pelik. Roti kena order sendiri, lepas tu kena decide sendiri apa nak letak dalam roti tersebut.
Aku pilih turkey bread dan turkey breast slice. Sayur tomato, salad dan bersos bbq, cili dan mayonese. Then, bayar je. Roti dia sangat besar, rasa penat untuk menghabiskannya. Memang kenyang la. Dah sedap, harag memuaskan, kuantiti dia pun banyak, memang tak rugi.
Ni lah muka yang kelaparan sangat terserlah. Betapa laparnya aku. Dah macam rupa binatang buas baru mendapat makanan. Haha..merepek sekejap. Besar tak roti dia. Sangat puas hati..kalah burger.
Sekian untuk entry kali ini. One by one aku akan update lagi pasal projek akhir. Stay tuned okeyh !
No comments:
Post a Comment