wish me best of luck ! (◕‿◕)

Assalammualaikum

Setelah sekian lama tidak update new entry untuk blog ku ini. Dah berhabuk blog ini. Pelbagai urusan yang telah selamat disempurnakan sepanjang aku sambung belajar dalam diploma kejuruteraan awam di politeknik. Alhamdullilah aku dah selamat menamatkan pengajian ku selama 3 tahun di politeknik sultan idris shah. Penuh kenangan manis masam ditelan dan diharungi bersama kawan ku di politeknik. Segala pengalaman yang aku dapat dijadikan positif dan banyak membuatkan aku berasa diri lebih matang dan berhati-hati. Pengalaman semasa pengajian ini tak terkecuali nilai persahabatan, cara kehidupan berdikari, belajar sesuatu yang baru, berurusan dengan orang ramai dan sebagainya. 


Pendek kata, terlalu banyak pengalaman yang aku dapat. Banyak subjek yang aku belajar selama 3 tahun ini bermula dari tahun jun 2010 - april 2013 beri aku banyak pengetahuan tentang kejuruteraan awam. Sekarang aku hanya menunggu result keseluruhan sama ada pointer selama 6 semester ini atas 3.00 atau ke bawah. Ini paling merungsingkan aku. Aku takut tak dapat tunaikan impian keluarga di mana mereka meletakkan harapan yang tinggi padaku bahawa aku dapat sambung degree dalam jurusan ini. Kalau difikir balik, rasa macam tak percaya aku boleh belajar jurusan ini sedangkan semasa form 4 dan 5, aku belajar dalam jurusan perdagangan. Jauh benor aku tersasar kan. 


YA ALLAH, adakah betul jalan masa depan dalam jurusan kejuruteraan awam? Persoalan ini selalu berada dalam mindaku. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya aku dah sampai tahap ini iaitu diploma. Rasa macam diri ni masih di alam persekolahan. Sekarang tinggal dua perancangan aku akan lalui iaitu perancangan sekiranya aku diterima sambung degree ataupun yang kedua sekiranya aku gagal diterima untuk sambung degree. Semua ni membuat aku takut. Result keseluruhan akhir bulan mei ni, itu akan menunjukkan aku berada di tahap mana sebenarnya. Dan aku fikir dua kali untuk sambung degree. 


Kalau diikutkan hati, nak je aku pergi apply mana kerja, interview, tak kisah la di negeri mana pun. Lepas tu wat part time cari duit lebih untuk bayar sewa rumah, kereta dan macam-macam. Itu lah yang aku nak wat sebenarnya. Bila mengenangkan umurku yang dah 21 tahun, banyak perkara ke arah masa depan perlu aku fikir. Tapi mengenangkan harapan keluarga, aku tak sampai hati. Mereka sama sekali tak setuju aku bekerja kerana takut tak nak sambung degree. Itu membuat aku rasa dilema. YA ALLAH, berilah aku petunjuk.. bila sampai masanya, nak tak nak aku kena jugak buat solat isthakarah untuk cari petunjuk. Sekarang ini aku hanya perlu menunggu result pointer mei 2013 dan kelayakan sambung degree sesi september 2013.




Ok lah sampai sini entry untuk kali ni, selamat membaca. Wish me best of luck okay !

No comments:

Post a Comment