08MAC2013 by Capital A (◡‿◡✿)

Assalammualaikum,

peristiwa pada jumaat lepas (8Mac2013)
rasa excited nak cerita dalam entry kali niee..
one great moment tak akan dilupakan.
Tapi entry kali ni bukan cerita pasal diriku seorang sahaja tapi kami bereempat.


Pertama sekali, kami berempat diberi tugasan bagi subjek Project Management. Mula-mula rasa susah sangat nak siapkan tugasan ini. Rasa macam tugasan untuk student universiti pun ada. Terlalu mencabar. Tugasan ini meminta kami menemubual engineer mengenai penggunaan program Gantt Chart bagi projek yang sedang dijalankan. Kami buntu mencari idea siapakah engineer sesuai ditemu bual. Nasib baik ada sedara aku yang merupakan Director Manager dalam bidang ini. Aku sangat segan sebab ni company sedara aku yang kelas A. Dah la tak berapa rapat dalam keluarga, tapi tiba-tiba minta tolong. Oleh disebabkan ni tugasan berkumpulan, aku tak ada pilihan. tugasan tetap tugasan. Perasaan segan aku kena tolak tepi.

Pada 8Mac2013 tu adalah tarikh temu janji kami. Kami lupa buat surat kebenaran untuk ke syarikat tersebut. Kami punya lah buntu, dan terpaka mencari cyber cafe kat Subang Jaya. Nasib baik sampai awal di Subang Jaya, kemudian mencari cyber cafe. Dah la kami tak familiar dengan Subang Jaya. Nasib baik ada cyber cafe tersembunyi tapi private. Tengah buat surat tersebut, pun macam-macam hal menguji kami. Dengan microsoft office word 2003 punya, lepas tu surat tu da siap format frame, tak dapatlah na edit lain. Bila nak print pulak, xde ink color dengan owner cyber cafe tu orang mymmar. Cakap melayu pun dia tak paham. Nak cakap Mymmar memang kami tak reti la...huhu..

Selesai surat itu, kami menuju ke syarikat tersebut di USJ Subang Jaya dengan teksi tambang RM20..mahal ye..kami sampai awal dekat syarikat tersebut. Untuk mencuri masa yang ada, kami lunch dulu di kedai makan bersebelahan syarikat tersebut. Dalam tengah makan tu, entah bila kawan aku sorang ni snap..hehe


muka lapar tak dapat disembunyikan. candid!


Lepas makan, dengan perasaan over nervous aku ni menuju syarikat tersebut. Aku memang tak dapat dinafikan mempunyai perasaan nervous sangat. Padahal kami datang untuk menembual bukan untuk ditemubual, tapi aku punya lah nervous. 

Akhirnya, sampai juga masa untuk menemubual seorang engineer yang sangat berkerjaya. Ni kali pertama aku mula memberanikan menemubual, memang tak sangka. Pengalaman tak akan dilupakan. Engineer ini sangat memberi kerjasama kepada kami. Layanan ye sangat baik. betul-betul tak de apa perlu disegankan. Encik ni sudi menceritakan pengalaman berkerja, mengajar dan memberi beberapa attachment mengenai projek yang dijalankan. Sangat teliti dengan apa yang diberikan sampai kami punya naik segan diberi layanan yang sangat baik. Sangat menghargai kerjasama encik. 


muka tak leh blah masa menemubual..hehe.. huduh ye muka ku..candid !


Ney engineer tersebut dengan pembantunya. Sangat baik hati mereka berdua ini. kami sangat menghargai ye.
Encik ini tak segan memberi beberapa pengetahuan dalam karier sebagai Project Manager. Ini dapat membantu aku memilih jurusan apa masa sambung belajar untuk ijazah pulak. Harap-harap dapat bidang tu. amin.

Tamat sudah sesi temubual, bermula cerita sesi kedua. Masa kami nak pulang, tiba-tiba saja hujan turun dengan lebat sampai kami tak dapat bergerak. Buntu mencari idea nak pulang ke KTM Subang Jaya. Last-last kami pergi ke 7-Elevan untuk membeli payung. Memang terdesak gila masa tu. Nasib baik ada teksi lau time tu, dapat lah kami ke KTM Subang Jaya. Oleh disebabkan hujan terlalu lebat, kasut aku rasa macam ada kolam kecil dalamnya. Sama dengan kawan aku. Jadi kami singgah carefour beli kasut. Memang terdesak. 

Lepas beli tiket KTM, keretapi datang, kelam kabut kami terpaksa berkejaran mengejar. Dalam tengah berlari naik tangga tu, tiba-tiba je kasut kawan yang baru beli dipakai tercabut, dah rase macam cindarella pulak. Memang lucu masa itu. Kalau diingat balik, memang lucu. Nasib baik takde lak mamat kat situ, kalau tak dah sama dengan cerita cindarella. 


have great time with them.
really enjoy it.
080313 tarikh tak akan dilupakan.


p/s: penat menaip. Just sharing our great moment 
credit to nur adnin, nor amirah dan nor afiqah dan nur azeera (me)





No comments:

Post a Comment