Day 2 Presentation Final Project by Diploma Civil Engineering (◕‿◕)

Assalammualaikum


Entry kali ini pasal hari ke-2 untuk pembentangan projek akhir. Kali ini turn kelas aku. Memang berdebar gila time tu. Dah la group aku merupakan group yang ke-6 dari 20 group. Setiap pembentangan mengambil masa 15 minit, dan 15 minit lagi sesi soal jawab soalan panel. Aku yang memang dilahirkan dengan sikap over nervous, memang macam kucing nak beranak time tu. Dah la berdebar, kena pulak pergi ambil LCD atau projector. Masa nak settings projector, time tu la dia buat hal. Semua benda tak kena tapi partner aku relax je siap boleh singgah booth orang lagi. Orang lelaki memang camni kot, cool sentiasa. Berulang kali aku soal partner aku, entah kenapa aku jadi blank sangat sedangkan aku dah study pasal projek aku. Sabar jelah partner aku melayan kerenah aku yang asyik menanyakan soalan yang sama berulaang kali. Aku memang camni, selagi tak settle, selagi tu risau. 


Sampai turn group kami, aku yang starting dulu pembentangan tu. Memang rasa berdebar sangat. Aku dah tak peduli dengan orang sekeliling yang tengah ambil gambar, mendengar pembentangan kami, masa tu fokus je apa nak disampaikan. Panel aku terdiri dari engineer, so memang kene strict sikit la. Pembentangan mesti dalam english. Kalau tercakap melayu, mulalah tegur. "Please use one languange only", dari A sampai Z kami  speaking la.. Memang macam apa tah, habis grammar terabur. Nasib baik panel faham je apa kami bentangkan. Alhamdullilah selesai pembentangan. Rasa macam sekejap tapi 30 minit jugak la kami buat pembentangan. Lepas tu, apa lagi aku merayap dekat booth orang. Tenangkan fikiran. Rasa ringan je otak time tu, dah settle semua. 


Sampai tengahari jugak la, pembentangan kelas aku tamat. Alhamdullilah semua panel yang dijemput baik hati, tak banyak menjengkelkan cuma ada 1 atau 2 orang panel yang amat strict gila sampai tanya soalan macam kami student master lak. Layan jela panel gitu, nasib baik tak kena pada group aku. Fuhh, selamat.


Aktiviti lepas pembentangan, memang tak lain dan tak bukan kalau photoshoot atau bergambar. Mulalah masing-masing berposing sana sini dengan memakai kot. Memang best time ni, aku pun tak terkecuali menyelit sana sini. Ini memang photoshoot bermakna untuk dijadikan kenangan manis pada semester akhir.


Okey dah panjang lebar aku menaip, kali ni turn layan gambar je. Photoshoot After Final Project :) 



muka nervous sebelum pembentangan, senyum terpaksa jek




saat kami membuat pembentangan, mendebarkan gila tapi masih dalam terkawal




nilah panel kami, baikhati jugak la cuma yang tengah tu engineer so dia strict sikit dari segi penyampaian. Overall, they are very sporting :D








































nak jugak photoshoot pakai kot, bukan selalu nak bajet gini





































muka lega camni la, senyum lebar nampak gigi, haha.. LOL








ada gaya macam ahli koporat tak, hehe





selagi boleh menyelit, selagi tu aku ada, haha, LOL



okay sampai sini sahaja untuk entry kali ini, kenangan yang tak dapat dilupakan serta pengalaman pembentangan di hadapan panel yang berjawatan memang dijadikan satu keyakinan pada diriku.


to be continued in next entry
stay tuned
selamat membaca (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment