Beautiful day with BFF (◕‿◕)

Assalamualaikum,



Kembali menulis blog setelah lama menyepi. Sementara tengah ada masa lapang, saja-saja menulis blog. Kali ni hanya hendak berceloteh satu hari suntuk keluar berjalan-jalan dengan bff di Midvalley. Pada asal ye tak rancang pun nak keluar. Tiba-tiba, kawan whatssup kata 'jom keluar esok nak?', aku terus berkata setuju. Tapi sebelum tu dapat keizinan dari parents dulu, alhamdulillah mereka kasi keluar. Bukan senang tau nak green light nak keluar dengan kawan-kawan. 


Bila dah fikir nak keluar esok, mulalah dok plan nak buat itu ini. Dalam kepala otak cuma dok fikir na lepaskan ngidam makan SUBWAY dan usha2 novel terbaru. Maklumlah duit tengah masyuk time tu. Lepas tu mulalah selokar almari nak pakai baju mana...macam pergi dating lak kan..aku memang pentingkan imej pakaian. Tak tahu kenapa, tapi memang aku suka melaram tapi tak de la sampai berfesyen tak kena gaya.


Esok ye mulalah bangun awal, excited la.. Target sampai di Midvalley dalam pukul 11, hmm tapi disebabkan delay train lama sangat, so sampai dalam pukul 12. Mula-mula tak plan pun nak tengok wayang tapi bila kawan offer na belanja aku, terus kata setuju. Orang nak belanja, tak kan nak tolak. Rezeki namanya. Masa kawan sebut nak tengok cite 'The Conjuring', aku rasa pelik tak pernah nama cite tu. Kata cite seram, aku ok je kalo nak layan cite mat saleh tapi jangan ada unsur lucah. Memang tolak walaupun ada yang nak belanja.




Wayang tu mula dalam satu jam selepas tu. Untuk curi masa yang ada, aku ajak kawan aku pergi mpH, saja usha novel2 terbaru. Ternampak buku karya diana amir 'Titian Mahabah', aku memang nak beli tapi bila tengok tak berbaloi lak sebab duit takde la banyak bawak pun. So, tak jadi beli lah. Sambil-sambil lepak dalam mpH tu, kiteorang snap-snap gambar, takde keje kan. Lantak lah, lepas rindu. cewahhh




forever 21, copy nama kedai baju mana tah..umur kami berdua 21 tahun.







Masa on the way nak pergi panggung wayang tu, ternampak lak gerai jual 'Famos Amos'. Wah baunya menyusuk kalbu gitu. Memang favourite aku. Singgah beli kejap, tapi kali ni tak tahu nak pilih yang mana sebab semua sedap. Baunye dah membuat ku terpikat. Rugi sape tak pernah makan lagi, cuba lah try beli...sedap sangat.


Dalam panggung wayang, disebabkan terlalu awal masuk, so terpaksa layan banyak iklan ye. Dekat 20 iklan gak la, naik bosan ku. Nak layan cite, bukan nak layan iklan. hmm...dalam duk bosan tu, mulalah aku makan snek yang dah beli. Wayang belum start tapi makanan dah nak habis. Ape lah...


Akhirnye start jugak cite nie....permulaan sound pun dah seram. Mula-mula memang aku tak faham maksud cite..sekejap masa ni, kejap lagi masa lain...pening sikit. Malas nak cite lebih wayang ku tengok no, korang tengok la sendiri nanti, baru best. Cite banyak guna sound yang menyeramkan. Tak pasal-pasal kaki tangan aku naik. Orang jerit, aku pun jerit tapi takde la kuat. Overall cite tak berapa seram tapi sound dia buatkan aku dok terkejut dan banyak saspens, so aku terOVER angkat kaki tangan. Sabar jela orang sebelah aku ni. Aku buat muka tak bersalah je. hewhew


Dah tamat wayang, mesti perut lapar. Tapi sebelum tu kena tunaikan solat zuhur dulu sebab dah pukul 4 petang. Dalam duk usha kedai makan, ternampak la kedai makan makanan korea iaitu restoren Dubu-dubu. Aku mula tak berkenan, iye lah tak reti nak makan makanan asing dengan chopstick lak tu. Aku join je kawan makan kat situ tapi aku langsung tak order sebab memang tak reti makan. Dah la nama pelik-pelik, hmm. Kawan aku punya lah reti apa nama-nama makanan korea ni. Ni gara-gara selalu layan cite Running Man, tu tahu sedikit nama makanan. Aku layan cite tu takde la sampai mek tau nama makanan. Yang aku tahu cuma, kimchi je. Tak sedap:( Tengah kawan aku dok makan, aku cuba rasa sikit-sikit la makanan ye. Pegang chopstick sampai bila pun tak reti, makanan asyik jatuh je. Geram aku.




Disebabkan tak order makanan, so syok sendiri snap gambar sendiri..hewhew



Ni lah restoren yang ku bebel di atas, trylah bagi ingin tukar selera ataupun yang memang minat K-Pop



Muka kelaparan, sori friends..haha 



Ada beberapa jenis makanan ala korea ni, maaf la tak tahu la nama-nama ye.



Disebabkan aku tak makan apa-apa lagi, so cepatlah aku nak balik singgah kat KL Sentral nak tapau Subway. Subway memang favourite aku padahal baru je beberapa kali makan itu pun sebabkan adik kepada kawan ku perkenalkan. Biasanya, aku akan order, chicken breast apa tah..tak ingat la..itu je aku reti order, yang lain menu belum cuba lagi. 




Ni lah makanan aku sempat tapau, makan di rumah jelah..huhu



Aktiviti kami sehari suntuk di Midvalley, enjoy habis la. Duit pun habis.



Puas sudah membebel di atas, dah lama nak post entri ni tapi disebabkan banyak urusan terbiar entri ni berhabuk dalam draft.
Selamat membaca ye ^_^





3 comments:

  1. Wahhh terharu ada pic aku..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ka tau....aq lpe na gtau ka..saje share sweet moment dlm blog ni...

      Delete