Pengalaman mencari kerja kosong melalui laman web (◕‿◕)


Assalamualaikum,



Entri kali ni nak ceritakan atau kongsikan pengalaman mencari kerja kosong melalui laman web. Tak kisah la laman web mana, tapi kita harus lah sentiasa berwaspada dengan iklan kerja-kerja kosong yang ada. Ada kala ye, laman web tu benar dan ada juga yang palsu. Memandangkan sekarang musim bagi pelajar lepasan diploma atau sijil pasti ingin mencari kerja kosong sementara menunggu keputusan sambung belajar seterusnya atau cari pendapatan buat sementara waktu. Aku tak kecuali dari salah seorang ini. Niat aku memang nak kerja buat sementara waktu sementara menunggu untuk sambung ijazah di university yang aku target nak pergi.


Memandangkan semua rakan-rakan ku dah kerja, aku pun mula lah nak cari kerja gak. Iye lah sudah lima bulan start dari bulan Mei aku mengganggur di rumah ni. Parents aku memang tak benarkan aku cari kerja sebab takut benda tak diigini berlaku. Cuma aku yang degil tetap dengan kehendak aku nak try cari kerja kosong.


Mulalah aku merangau layan laman web iklan kerja kosong. Siap update dalam email aku lagi tapi yang ini kerja kerajaan la. Aku lebih suka layari laman web Mudah.com untuk cari kerja kosong sebab ia lebih detail terangkan skop kerja, deadline, gaji, kerja shift ke tak dan basic detail seperti alamat, no telefon dan emel. Kebanyakkan laman web yang aku usha selalu ye dia nyatakan jenis kerja, nama company, emel dan deadline je. Alamat company  cuma letak bandar je, macam mana nak cari kalau tak detail.


Punya duk usha, kebanyakkan aku jumpa iklan kerja kosong untuk kerani, call service dan kerja-kerja partime seperti jaga butik atau guru tadika. Untuk bidang ku iaitu kejuruteraan awam tak kecuali gak aku usha dah siap hantar emel resume lagi tapi satu feedback pun tak dapat lagi. Hmmm…maklumlah bidang aku ni memerlukan pengalaman baru boleh kerja di company mereka. Dan kebanyakkan company civil engineer ni nak orang ada ijazah sahaja, aku ni hanya ada diploma je. Yang aku tak faham kalau semua company nak aku ada experience, mana company aku nak cari experience. Tak faham kadang-kadang kriteria nak kerja dengan company mereka.

  
Satu-satu iklan kerja kosong aku hantar resume. Alhamdullilah ada feeback. Dan mulalah dipanggil interview sana sini. Interview yang banyak aku dapat adalah kerja sebagai call service. Dalam kepala aku cuma fikir kerja ni mesti angkat telefon selesaikan masalah customer. Itu je aku tahu. Aku ceritakan segalanya tentang kerja tu pada parents aku. Mereka sungguh-sungguh tak setuju. Aku cakap nak pergi interview dulu tengok keadaan macam mana, macam-macam alas an aku bagi. Akhirnya ayah aku bagi. Maklumlah aku masih mentah dengan benda-benda macam ni, parents mana tak risaukan anak ye. Tapi aku tetap dengan kedegilan aku.


Pada hari aku diiterview, macam-macam dugaan sebenarnya aku kena. First, aku terpaksa harungi jalan yang terlalu jammed di awal pagi, train LRT lambat la pulak, naik teksi kena tambang mahal pulak..masa tu  dah lewat kalau diikutkan sebenarnya tapi sesi interview dah mula pun untuk yang datang awal. Aku lewat dalam 5 minit jugak la sebab nak cari company tu. Ada la dalam 6 atau 7 orang kena interview gak time tu termasuk aku. Aku tengok keadaan company tu takde barang-barang office pun, pelik pulak aku rasa. Nanti aku nak kerja camne…fikir punya fikir. Bila aku diinterview, dia benarkan bahasa Melayu. Happy sunggu hati ku tak payah nak speaking bagai. Jantung time tu tak dapa tnak dibayangkan memang nervous. First time sebenarnya diinterview secara formal gitu. Disebakan terlalu nervous, aku tak tahulah berapa kali aku dok ulang ayat yang sama. Memang lawak kalau diingatkan balik. 


Lepas diinterview baru lah sesi tanya soalan. Dia mulalah berikan penerangan sikit tentang company tu. Yang terkejut ye, aku bukan kerja sebagai call service tapi sebagai ekskutif marketing. Aku dapat bahagian kad kredit, kena buat sale itu ini. Dalam sebulan kena target 20 sale untuk dapat basic salary. Susah gila. Kalau tak dapat sale yang ditargetkan, aku tak akan dapat basic salary, malah hanya dapat dari jumlah yang berjaya sale. Itu kalau dapat, kalau tak macam mana, penat lah aku kerja nanti. So far, memang aku dapat kerja tu tapi……


Satu malam tu aku dok fikir apa keputusan perlu dibuat. Nak terima kerja tu atau reject je..hmm. Aku punya lah mintak pendapat dari kawan-kawan, kebanyakkan mereka kata baik reject sebab penat kerja tapi susah nak dapat basic salary. Aku nak kerja cari pendapatan sambil cari pengalaman bukan tak dapat apa-apa dari penat lelah kerja aku. Finally, I made one decision. Need reject this job, memang sedih pada mulanya tapi nak buat camne aku kena fikir dari pelbagai aspek.


Aku ada minta pendapat dari seorang kenalan yang dia berkerja sebagai pengeluar insurans. Dia menerangkan tentang skop kerja ye tapi takde lah payah macam aku Cuma tulah kena keluarkan modal. Disebabkan aku terlampau runsing mengenai kerja ni, dia mintak aku cuba search kat google pasal kerja ni, Cuma tengok skop kerja tu. Yang pasti dia cakap kerja dari sumber yang halal. Hati ku mula pelik, kerja macam ni ada ke dari sumber yang tak halal. Tanpa membuang masa, aku mula search kat google dan ternampak satu blog menceritakan skop kerja sebagai eksekutif marketing. Aku baca blog dari A sampai Z. Comment ye pun aku baca. Overall yang diceritakan dalam blog ni, kerja ni hanya buat sale melalui talk in phone. Bukan secara bersemuka dengan customer. Company tu akan bagi list number yang pakai kad kredit. List number tu pulak dijual dari mana-mana bank yang terlibat kepada company tu. Tak sangka ye, sungguh senang kerja company tu dan bank tu buat kerja tak munasabah. Kesian customer, asyik kena ganggu dengan panggilan dari company mana yang terlibat. Company akan guna private number untuk call customer, so customer tak boleh sebarang aduan. Memang bagus kerja company ni cari pendapatan. Mengenai comment pulak, kebanyakkan mereka mengadu sering dikacau. Tanpa buang masa, bila da je call macam tu, mereka kata akan maki habis-habis sape yang call tu. Takut gila aku baca comment-comment mereka, semua bias-bisa. Yang aku tak puas hati, kita punya lah kena maki bila call mereka tapi company tu dapat keuntungan seang-senag je melalui air liur pekerja ye. Sungguh tak berperikemanusiaan.


Oleh yang demikian, keputusan aku muktamad untuk reject kerja tu. Dah macam karangan pulak siap berperenggan. Harap pada pelajar di luar sana sentiasa berhati-hati dengan iklan kerja kosong. Ini pengalaman aku yang tak akan dilupakan. Memang kita tak duga kerja macam tu, so kena lah buat search banyak-banyak sebelum terima apa-apa kerja ye. Bagi aku, kerja sebagai eksekutif marketing atau call service bagai memang terkeluar dari list aku. Kalau Nampak iklan kerja kosong, buat tak nampak je. Call service tu trick je kerjanya, nanti bila interview jadi eksekutif marketing pulak.


Harap entri kali ni dapat anda renung-renungkan macam mana kerja sebagai eksekutif marketing. Kalau boleh elakkan, sebab tak semua ye company yang betul.  Kalau ada perasaan was-was, minta pendapat dari yang lebih tua dari kita atau cuba buat research dulu.






Tapi janganlah pulak putus asa nak cari kerja, cuma sebelum buat apa-apa keputusan nak terima kerja tu mestilah akan bagi kita sumber yang halal. Tak semestinya makanan je ada halal haram, ekonomi juga ada. 
Renung-renungkan :)



No comments:

Post a Comment